I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 11, 2010

DOA untuk peperiksaan

Sunday, January 17, 2010

Untukmu wanita

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
disediakan oleh saudari Eiza.

Sunday, January 3, 2010

Jangan berdukacita jika dikritik atau dicerca

Sesungguhnya anda akan mendapat pahala disebabkan kesabaran anda manghadapi ktitikan dan cercaan itu. dan kritikan mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat, kerana manusia tidak akan menentang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki. Dengan kata lain, jikalau kritikan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga anda.

Perhatikan madah pujangga ini:
"nescaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki
dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu di dengki"

Zuhair berkata :
"mereka selalu didengki kerana nikmat yang mereka punyai
padahal Allah tidak akan mengambil apa mereka dengkikan itu".

Seorang pujangga yang lain bermadah:
"mereka tetap dengki padaku meskipun aku sudah mati,
sungguh aneh diriku, kematian pun mereka dengkikan"..
Sedikit kata-kata daripada: Buku La Tahzan

Sifat dengki memang senang wujud dalam hati kalau hati tidak dibajai dengan sebaiknya. begitulah juga dalam persahabatan. Dengki mendengki seperti makanan bagi sesetengah orang. kenapa perlu ada rasa tidak puas hati pada orang lain? kenapa perlu mercerca dan mengata orang lain?adakah kita seorang yang sangat bagus? adakah perlu kita lakukan begitu?tepukla dada tanyalah iman wahai sahabatku..jangan cuba menzalimi seseorang..janganlah cuba menjadi seorang yang suka membawa-bawa cerita terhadap keburukan orang lain. kalau rasa seorang sahabat itu salah melakukan sesuatu cubalah menegur dengan cara yang baik bukannya mencari jalan penyelesaian dengan membuat-buat cerita di belakang. bukankan perkara itu akan menyakiti hati sahabat kita lagi ? renung-renungkanlah sahabatku..

Friday, November 27, 2009

raya haji


salam semua.hari ni sedih giler.bgun pagi dgr takbir raya ..fuhh..rasa cam nak blik time tu je..dahla cuba kol mak abah berkali-kali tak dapat mklumla network problem dsbbkan tlmpau byk org gna line..sedih sgt2..pagi tu siap solat raya..bsuh baju..sidai kain .tgh on d way ke cafe tb2 nset berbunyi..owh rupanya abg kita kol..line maxis mmgla sng ..line tak bz..tak rmi orang gn..hmm mula da abg wat ayat sdih..air mata pn tak dpt thn..bash da tdg..then ckp ngn mak n abah lak..lgila mmg tak dpt nk thn da ..lg laju air mata ni kuar..abah pn da pujuk kt..tharu abah pujuk mcm tu..tak pnh lagi kna pujuk ngan abah mcm.."dahla tu..sbrla."..smpai kat cafe..tgu makcik tu lame giler ..nak dkat kul 12 barulah smpai tp alhamdulillah tak sangka kami dpt lyanan istimewa ..makcik tu msk rendang ayam n nasi minyak..banyak lagi ade kuih2 raya..layanan diorang pun baik..tak sangka mereka peramah..anak-anak pn comel hehe..terubatla ckit rasa hati ni..lpas hbs dak2 ni pn wat plan nk g raya umah lec..tp kete tak de..hmm then bincangla ngn adik laki duaorng 2..mslh pn selesai..then masa kul 3 kami pn bercdng nak kuar..tb2 ade 1 msj msuk ..ade sorang sahabat ni ajak g umah die..hmm jadi pn kami berdua gla umah die .tak jadila ikut budak2 tu..bkn pe coz kwn kn..lgpn kete tak muat..kami pn gla umah shbt ni..best r dpt mkn daging korban..depa org pn baik2..makcik tu siap bagi ketupat ngn rendang lagi bwk blik..nak dkat kul 7 kami pn blik..yela malu nak duk umah orang lama2kn..ha tb2 1 msj lak msuk..korang nak ikut akak g umah ustaz talib tak mlm..kami pn ape lg..mstila nak..huhu..mkn tu pnting hehe..pas isyak kami ber8 g umah ustaz talib .cam ne ek 8 org leh muat 1 kete myvi..hehe cuba byngkan kami 6 org pmpn duk kat blakg.badan pn leh thn r msing2..huhu..klakar giler.smpai umah ustaz dlm kul 9 lbh.wow besar gak rmh ustaz..huhu..mknn pn byk..owh rupanya ustaz wat knduri kekah.. ptt pnla..ms nk bli tya ustaz tntg result nahu..hmm rasa cam mgecewakan gakla..ustz ckp 2org je dpt A..itupn A-..berdegup jantung tapi wat steady je lg..kt da wat sehabis baik..Allah yg berhak menentukan segalanya..hmm blik tu ade problem len lak psl kete.hmm mcm2la ye..hope mslh ni dpt diselesaikn sok pg..kla tula nak citer kjadian hari ni..best gak dpt bjln kat cni..kat umah2 lecturer..tapi lg best kalo dapat breya bersama kuarga tersayang.. kla wassalam..

Thursday, November 26, 2009

Hari ini..

salam semua...hehe..hari ini ada satu peristiwa yang mungkin takkan aku lupakan..dalam sejarah terpaksa raya kat u.sedih bebenor rasanya..pe nk cite erk..ha citenye bermula cam ni..petang td lepas solat asar tb2 k.seha msuk tergesa-gesa ajk kami kuar pasar malam..alhamdulillah dpt gak kuar..kalo tak dah rasa tertekan da.huhu.besela terperap je..rasa pening gak pun ade..ha kami pn g pasar malam..kbtulan lak hari ni kami pose..saje jela nak tukar selera mkn kat luar.hehe..bli je tp mkn kat dlm gak..kmi g naik kete ngn kwn sorang kakak ni..pas anta kami die g workshop..maybe kete prob kot..huhu..then kami pn bjalanla smpaila da hbs bli mknn ..kmi pn da sediala nak blik tp ketenya tak smpi lg kami pn tgula..tunggu punya tunggu..tiba2 da azan .hmm nmpak gayannya terpaksala kami buka pose kat tgh jalan..kami pun duduk kat tepi kedai runcit tepi jalan tu mknla kopok lekor. n minum coconut shake .huhu..tgh duduk2 kat ctu..tiba2 dgrla bunyi allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..takbir raya tgh bergema..sedih giler..dah rasa lain da waktu tu...sedih btul tak dapat blik..teringat lak kat umah..hmmm tula nak wat cam nekn..mungkin ade hikmahnya..hari ini dalam sejarah..begitula nampak gayanya..hehe..

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua khususnya buat sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi dekat di hati..semoga ikatan terus berkekalan...
jangan lupa orang kat sini..pada mak ngan abah minta maaf tak dapat balik raya ni..terima kasih kerana memahami..salam semua..moga kita diberkati sentiasa dunia dan akhirat.

Tazkirah Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
retrieved : http://www.smartgeneration.com.my