I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 17, 2010

Untukmu wanita

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
disediakan oleh saudari Eiza.

Sunday, January 3, 2010

Jangan berdukacita jika dikritik atau dicerca

Sesungguhnya anda akan mendapat pahala disebabkan kesabaran anda manghadapi ktitikan dan cercaan itu. dan kritikan mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat, kerana manusia tidak akan menentang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki. Dengan kata lain, jikalau kritikan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga anda.

Perhatikan madah pujangga ini:
"nescaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki
dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu di dengki"

Zuhair berkata :
"mereka selalu didengki kerana nikmat yang mereka punyai
padahal Allah tidak akan mengambil apa mereka dengkikan itu".

Seorang pujangga yang lain bermadah:
"mereka tetap dengki padaku meskipun aku sudah mati,
sungguh aneh diriku, kematian pun mereka dengkikan"..
Sedikit kata-kata daripada: Buku La Tahzan

Sifat dengki memang senang wujud dalam hati kalau hati tidak dibajai dengan sebaiknya. begitulah juga dalam persahabatan. Dengki mendengki seperti makanan bagi sesetengah orang. kenapa perlu ada rasa tidak puas hati pada orang lain? kenapa perlu mercerca dan mengata orang lain?adakah kita seorang yang sangat bagus? adakah perlu kita lakukan begitu?tepukla dada tanyalah iman wahai sahabatku..jangan cuba menzalimi seseorang..janganlah cuba menjadi seorang yang suka membawa-bawa cerita terhadap keburukan orang lain. kalau rasa seorang sahabat itu salah melakukan sesuatu cubalah menegur dengan cara yang baik bukannya mencari jalan penyelesaian dengan membuat-buat cerita di belakang. bukankan perkara itu akan menyakiti hati sahabat kita lagi ? renung-renungkanlah sahabatku..