I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 24, 2009

akhlak rasulullah sollallahualaihiwassalam ikutan ummah

Penceramah: Dr. Basri bin Ibrahim
Khas untuk pelajar Pengajian islam (dakwah)
Dewan kuliah utama UDM

"Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia"

Rasulullah sollallahualaihiwassalam ialah qudwah hasanah kita bukan idola. Idola adalah perkataan yang dgunakan oleh org barat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(katakanlah (muhammad) "jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengmpuni dosa-dosamu. "Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.) - (surah Ali-Imran:31).

ustaz banyak menerangkan tentang akhlak Rasulullah dan biarlah setiap pelajarnya mengikuti akhlak rasulullah.. biarlah sampai orang boleh kata Al-quran berjalan di pasar malam..itulah gambaran yang boleh diberikan kepada orang yang beraklak mulia seperti rasulullah.

1 prinsip yang ustaz sampaikan:

(kalau perkara tu betul dan tak berlawanan dengan syariat..teruskan..)
sila buka surah Al-ahzab:21 dan renungkanlah..
ustaz pun ada cakap kalo nak cari suami tu cubalah cari laki yang sangat marah tapi boleh kawal sifat marahnya tu.

Kedudukan akhlak mulia dalam islam:

1. akhlak rabbani -datangnya dari Allah
2. akhlak syumul-akhlak kita dgn semua
3. akhlak realiti
4. akhlak bermatlamat-matlamat syurga:semua ahli syurga berakhlak mulia ..akhlak bukan utk dunia tp akhirat.

kelebihan akhlak mulia dalam islam:

- pemiliknya antara yg pling smpurna iman.
- amln yg pling berat di dalam mizan.
- paling byk memasukkan manusia ke dalam syurga.
- antara amalan yg pling afdal.
- memperolehi darjat yg besar dlm syurga.

pelajar dan akhlak mulia:

-perlu berakhlak mulia.
- menambahkan ilmu. kalo kita belajar biarla berorientasikan ilmu bukannya berorientasikan peperiksaan semata-mata.
- menambahkan ketinggian hidup.
- menambahkan kesolihan.

bentuk akhlak mulia pelajar:

- dgn guru
- dgn ibu bapa
- dgn rakan sekelas
- dan lain-lain

contoh akhlak mulia:

- malu utk buat maksiat.
- sabar menghadapi sgalanya.
- tawakkal kpd Allah.
- ithar: mengutamakan kepentingan org lain.
- adil
- rahmat.
- ihsan.
- benar.
- pemurah.
- tawaduk maksudnya rendah diri tapi maksud disini yg sbnrnya ialah bersedia menerima pndpt org lain.

"cinta Allah itu amat mahal dan terbukti dengan syariat"
jadi sesiapa yang mahukan cinta Allah bukanlah hanya brcakap sahaja tapi tak melakukan suruhannya..kita hendaklah melakukan suruhannya dan meninggalkan setiap apa yang dilarang..jadi jom kita sama2 muhasabah diri..bolehkah kita miliki cinta Allah jika hanya dengan solat main2 bukan kerana Allah..hanya sekadar mengikut org..bolehkan kita miliki cintaNya hnay dengan solat 5 waktu tp tak prnah lgsung wat solat qiammulail ataupn perkara sunat yg lain..cinta ALLAH mahal sekali..jadi kita mesti mendapatkannya bukan dengan sedikit amalan sahaja..kena memperbanyakkan amalan dan ingatlah Allah itu Maha Penyayang Lagi Mengasihani.









No comments:

Post a Comment