I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 8, 2011

siapa si hamba gila?...

"dek kerana mata yang tidak mahu tertutup..aku menangisi malam ini dengan bermuhasabah diri mengenangkan diri dan dosa silam..melihat keadaan dunai yang semakin parah da bawa usia..sejenak ku terkenang satu ketika aku di jalanan melihat seorang wanita tua yang gila..melihatnya berjalan melintasi jalan tanpa arah tujuan, tanpa memikirkan kereta yang lalu lalang..sungguh kesian dan amat menyedihkan..namun Allah maha kuasa kerana masih memanjangkan umurnya.. namun apakah tanggungjawab kita?adakah hanya dengan memerhatikan dan menangisi?hanya dengan perkataan kesian sahaja yang boleh diungkapkan..
YA ALLAH, andai masih dirinya diberi peluang untuk hidup, doaku agar dia akan pulih seperti biasa dan memeluk islam. kekadang terfikir..melihat kehidupan disini, di semua tempat aku mesti terjumpa orang gila ataupn tidak siuman..kenapa mesti jadi begini?..Ya Allah..menitis air mata..kerana aku amat tersentuh dan merasakan mereka jadi begitu bukan kerana sakit tapi sebaliknya..namun kenapa masih tiada yang membantu memberi perlindungn..membiarkan mereka di merata jalanan ,meminum air buangan, memakan makanan yang bertaburan..rambut yang tidak terurus, baju yang compang-camping..kita masih memiliki kewarasan akal namun akal kita tidak mampu membuahkan idea untuk membantu mereka..betapa sayangnya.terkesan melihat dunia sekarang yang semakin moden namun tiada perlindungan orang seperti mereka..siapakah yang bersalah?tidak perlu menunding jari..tepuk dada tanyalah iman....Ya Allah andai diberi keupayaan izinkan aku dan sahabatku membantu mereka..berikanlah kami jalan untuk membantu mereka pulih seperti sedia kala dan boleh menjadi pembmbing pula kepada manusia lain ke arah jalan yang benar dan di redhai olehMu..

No comments:

Post a Comment