I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 25, 2010

Fenomena dunia pekerjaan

Pekerjaan adalah satu bentuk ibadah sekiranya ia daripada sumber-sumber rezeki yang halal (tiada syubhah).Walau sebesar manapun,walau sebanyak manapun habuan yang dibayar atas usaha kita,jika habuan itu daripada sumber yang haram,maka tetap haram.Islam tidak menghalalkan cara tetapi menghalalkan apa yang telah halal dan mengharamkan apa yang telah sedia hukumnya haram oleh Allah S.W.T.

Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada kita sebagai umat Islam melalui kaedah sumber perundangan Islam dan diantaranya adalah seperti berikut :

1) Dalil Qat’ie ( dalil yang disepakati ) – Al-Quran,Ijmak,al-Qiyas.

2) Dalil Zanni ( dalil yang tidak disepakati )- al-Istihsan,masalih al-mursalah,al-istishab,sadd al- Zarai’,Qawl Sahabah.

Melalui garis panduan ini,maka kita sebagai umat Islam wajib meneliti,mengkaji,menganalisis dahulu apa pekerjaan yang kita bakal terjuni supaya tidak menjadi bala suatu hari nanti.Memang benar pada masa kini,ramai berpendapat bahawa kita tidak boleh memilih pekerjaan kerana kekosongan jawatan itu adalah terhad tetapi ramai juga yang tidak mengetahui sebenarnya kekosongan sesuatu jawatan itu masih belum terisi kerana tidak berkelayakan seperti yang diminta oleh sesuatu syarikat.

Maka kita bertanggungjawab untuk mencari pekerjaan sumber yang halal demi menjamin kehidupan kita pada masa hadapan,sebagai contoh yang dapat saya kongsikan bersama seperti kata-kata ahli Usul dalam menyelesaikan sesuatu perkara permasalahan hukum dari dalil yang Zanni melalui kaedah Sadd-al-Zarai’,jalan yang membawa kepada sesuatu yang menyebabkan kerosakan contohnya melihat aurat wanita ajnabi,sesungguhnya ia boleh membawa kepada zina.Maka menegah daripada melihat aurat itu dinamakan Sadd al-Zarai’.

Sadd al-Zarai’ juga adalah (aljaulah duunal wusul ilal mufassidah) yang bermaksud menghalang daripada berlakunya perkara al-mafasid (fasad).

Oleh itu,wajib keatas kita mencari nafkah yang halal dan sebolehnya menghindari daripada perbuatan yang boleh membawa kepada kerosakan (diri,keluarga dll).Kita perlu tanamkan niat yang ikhlas dalam hati untuk menjadikan kerja itu adalah ibadah kita setiap hari.Bukan susah untuk kita sebagai umat Islam untuk mencari pahala sebenarnya,hanya kita sahaja yang tidak perasan apa yang kita lakukan hari-hari itu adalah ibadah.Nabi Muhammad S.A.W Bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal,maka bagi mereka itu pahala seperti orang yang berjihad dijalan Allah.”(Riwayat al-Bukhari)

Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”(Riwayat al-Baihaqi)

Firman Allah S.W.T :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”(al-Baqarah:26)

Fenomenana yang berlaku dinegara kita pada masa kini seperti apa yang kita lihat dan ketahui adalah daripada golongan kaya akan terus kaya dan golongan miskin masih kirang terbela nasib mereka.Ada yang sanggup menindas orang lain demi kepentingan mereka pada masa hadapan.Mereka ini tidak pernah ingat dan tahu bahawa Allah S.W.T murka terhadap golongan ini dan Rasulullah S.A.W bersabda: Lagi akan datang kepada manusia bertahun-tahun yang tandus(kemarau panjang).Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta,pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat,dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibidhah.

Sahabat bertanya: apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab: Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai(hadis riwayat Ibnu maajah)

Maka bertanggungjawablah kita suatu hari nanti dihadapan Allah apabila kembali bertemu dengan-NYA diakhirat kelak.Kita semua pasti akan kembali kepada-NYA dan soalan yang telah sedia bocor oleh Allah S.W.T dihari akhirat nanti antaranya adlah dari mana datangnya rezeki/harta kita dan ke mana dibelanjakan.

Jika kita bekerja untuk menjadikan ianya ibadah,maka ia jalan Taqarrub kepada Allah S.W.T dan jika kita bekerja kerana Allah S.W.T maka Allah S.W.T adalah C.E.O kita dan ingatlah dunia hanyalah sementara manakala akhirat kekal selama-lamanya sebagaimana firman Allah S.W.T :

padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”(al-ala:17)

Wallahu a’lam…..

Ditulis oleh:Muhamad Syukri

1 comment:

  1. wah...dh pandai guna kaedah fiqh ye, mabruk2...ahsanti:-)

    ReplyDelete