I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 12, 2010

Aku hanya insan biasa

Aku hanya insan biasa
tak bisa menungkah dunia
tak bisa melintasi jalanan api
mahupun merentasi lautan luas


Aku hanya insan biasa
punya perasaan seperti insan lain
punya hati yang ingin dikasihi
punya naluri yang ingin dicintai
punya rasa ingin berkongsi segalanya

Aku hanya insan biasa
mana mungkin aku mampu mengawal hati
mana mungkin aku mampu mengubah takdir
mana mungkin aku mampu merasai segalanya
kerana aku adalah hamba Allah yang..
serba kekurangan lagi lemah..

Aku hanya insan biasa
nafsu mampu menguasai segalanya
minda bercelaru dengan timbunan masalah
hati dikuasai dengan sifat mazmumah
ini adalah kerana...
Imanku yang kian rapuh...

Aku hanya insan biasa
akan terus mengorak langkah
menghadap yang Esa
menyembah PadaNya
Bersujud padaNya
kerana mahu menggapai impian
meneruskan cita-citaku
hanya kerana aku mahu...
mencari keredhaanMu Ya Allah

Aku hanya insan biasa
Aku akan menjadi insan yang luar biasa
disisimu Ya Allah......
INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment